|Malaysia - eMedia | Malaysia - eMedia | Malaysia - eMedia | Malaysia - eMedia | Malaysia - eMedia | Malaysia - eMedia | Malaysia - eMedia | SPECIAL THANKS TO "MALAYSIA - eMEDIA CREW'

Sunday, July 31, 2011

[eApakah] Macam mana kambing tu boleh tersangkut kat situ?


tak tau nak cakap ape...

[eKreatif] Iluminasi.


SMART KAN?

[eCaran] Setem Upin & Ipin koleksi terbaik 2010.

Koleksi setem khas Upin dan Ipin ‘Traditional past time games with Upin & Ipin and friends’ keluaran Pos Malaysia diiktiraf sebagai antara koleksi setem terbaik dunia bagi tahun 2010.
Pihak yang bertanggungjawab membuat pengiktirafan tersebut ialah stampnews.com, sebuah gerbang web bebas yang mengemaskini koleksi setem dari seluruh pelusuk dunia.
Koleksi setem Upin & Ipin tersebut berada di tangga kedua dalam kategori ‘Most touching stamps’ setelah seri dengan setem ‘Teddy Bear’ terbitan German Post.
Pengiktirafan ini secara tidak langsung turut menaikkan martabat negara dan Pos Malaysia di mata dunia dengan usaha-usaha mencipta dan menerbitkan koleksi setem yang unik dan luar biasa yang mewakili imej dan jati diri Malaysia.
Malaysia-eMedia : Terbaek!

‎[eInfo] Bintang RTM 1980.

Rohana Jalil daripada Kota Tinggi, Johor, berjaya menggondol Juara Bintang RTM 1980 Bahagian Solo dalam pertandingan peringkat akhir di Auditorium Besar, Angkasapuri, pada malam 13 Januari 1981 lalu yang telah disiarkan secara langsung iaitu kira-kira 30 tahun yang lalu. Rohana, 26 tahun, menewaskan tujuh peserta solo yang lain, menerima piala pusingan dengan hadiah wang tunai $2,000.



Lapan peserta solo dan empat kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan akhir ini. Rohana Jalil pernah dua kali menyertai Bintang RTM dan merupakan anak pertama dari enam orang adik beradik.



Gambar terbaru Rohana Jalil (kiri) bersama anaknya Kilafairy. Ada perubahan wajahnya di situ..
(Imej daripada carian Google)



Beliau memberitahu para pemberita selepas menerima Piala Pusingannya bahawa beliau bercita-cita untuk menjadi penyanyi yang terkenal bertaraf antarabangsa.



Juara Bahagian Solo (Rohana Jalil) dan Juara Bahagian Kumpulan (Kumpulan Bee & Gee) dengan piala masing-masing.



Sementara Kumpulan Gee & Bee terdiri dari Roziah Mohd Ibrahim dan Saleha Ali berjaya merebut Juara Bahagian Kumpulan (Padu Suara). Mereka pula menerima hadiah wang tunai $2,500 dengan piala pusingan daripada Menteri Penerangan, Dato' Mohamed Rahmat.


Salah seorang anggota Kumpulan Bee & Gee, Saleha Ali ialah seorang pelajar tahun akhir Jurusan Perhubungan Media Massa di Institut Teknologi MARA (ITM) sekarang Universiti teknologi MARA (UiTM).


Kini beliau sedang menjalani latihan praktikal di Kumpulan Akhbar New Straits Times, Saleha ingin menjadi seorang wartawan. Beliau juga memberitahu bahawa penyertaannya kali ini merupakan kali pertama atas galakan kawan-kawannya.



Dengan perasaan sedih dan penuh gembira, Rohana menjulang piala kemenangannya kepada para penonton selepas menerima hadiahnya daripada Menteri Penerangan, Dato' Mohamed Rahmat.



Sharon Premela Isaac, Naib Johan Bahagian Solo.



Naib Johan Bahagian Solo dimenangi oleh Sharon Premela Isaac, 20 tahun daripada Ipoh, dengan mendapat hadiah wang tunai sebanyak $1,500 sementara tempat ketiga jatuh kepada Waynie Pui Lee Keng daripada Kota Bharu, Kelantan mendapat hadiah wang tunai $1,000.


Bagi Naib Johan Bahagian Solo, Sharon, inilah kali ketiga beliau menyertai pertandingan menyanyi dan bercita-cita menjadi seorang penyanyi terkenal. Di samping menyanyi, beliau juga mempunyai hobi melukis dan memasak.


Naib Johan Bahagian Kumpulan dimenangi oleh Kumpulan Mixed Sound daripada Sabah yang terdiri dari lima orang anggota iaitu Rothman Buntar, Sahar Nordin Al-haj, Peter Dicky Lee, Mangarina Kiob dan Sahari Ahmad. Mereka menerima hadiah wang tunai $2,000.



Kumpulan New Vocals, Tempat ketiga Bahagian Kumpulan.



Tempat ketiga Bahagian Kumpulan jatuh kepada Kumpulan New Vocals daripada Subang Jaya, Selangor yang dianggotai oleh dua orang lelaki dan dua orang perempuan iaitu Dzulkeflee Zakaria, Mohamad Johar Jaafar, Puteri Nordiana Megat Baharuddin dan Rafiah Khalid. Mereka menerima hadiah wang tunai $1,500.



Sebahagian daripada para penonton yang menyaksikan Pertandingan Akhir Bintang RTM 1980 di Auditoruim Besar, Angkasapuri, Kuala Lumpur termasuk Menteri Penerangan, Dato' Mohamed Rahmat.


Hanya seorang peserta lelaki sahaja yang terpilih masuk ke Pertandingan Akhir Bintang RTM 1980 ini iaitu Khoo Chong Teng daripada Melaka.


Sebarang maklumat tambahan mengenai Juara Bintang RTM 1980 ini amatlah dialu-alukan.



Sumber: Sinar Zaman, Jilid IX, Bil. 99, 1981.

[eInfo] Duit syiling Malaysia siri ketiga 2012.

Beberapa hari lalu, pihak Bank Negara Malaysia telah mengumumkan tentang pengeluaran duit syiling baru yang akan mula digunakan pada awal tahun 2012 nanti. Ramai rakyat Malaysia telah berjaya membuat pembelian (mana yang alert) dan ramai diantaranya tentulah mereka yang mengumpul duit syiling sebagai salah satu hobi mereka.
Menarik bukan? Tentu agak susah nak biasakan diri dengan kehadiran wang syiling baru ini nanti. Apapun lama-kelamaan ianya akan menjadi biasa sahaja.
Info lanjut mengenai wang syiling baru ini boleh dilihat di website Bank Negara Malaysia.

Saturday, July 30, 2011

[eInfo] Bangunan Pencakar langit terbaru di China.

Arkitek Adrian Smith + Gordon Gill Architecture - Wuhan Greenland Pusatbandar Cina Wuhan. Menara setinggi 606 meter , 119 tingkat pejabat, pangsapuri mewah dan hotel lima bintang. Untuk membina sebuah bangunan pencakar langit yang dirancang mengambil masa selama lima tahun.



Новый небоскреб для Китая (7 фото)
Новый небоскреб для Китая (7 фото)
Новый небоскреб для Китая (7 фото)
Новый небоскреб для Китая (7 фото)
Новый небоскреб для Китая (7 фото)
Новый небоскреб для Китая (7 фото)
Новый небоскреб для Китая (7 фото)


[eInfo] Bintang RTM 1979.

Pertandingan Akhir Bintang RTM pada malam 8 Januari 1980 telah disiarkan secara terus menerus dalam warna ke seluruh negara. Jamal Abdillah, bekas penyanyi Kugiran T. Road Band, telah berjaya menyandang gelaran Johan Bintang RTM '79 dalam bahagian solo mengalahkan enam penyanyi lain.



Johan Bintang RTM '79, Jamal Abdillah menerima hadiahnya daripada Menteri Penerangan, Dato' Mohamed Rahmat.


Jamal yang baru berumur 20 tahun pada waktu itu berazam untuk menjadikan lapangan nyanyian sebagai satu profesion dan berharap untuk menjadi penghibur popular pada suatu hari kelak. Setakat ini Jamal telah menerima beberapa tawaran daripada syarikat piring hitam tetapi belum lagi membuat sebarang keputusan. Walau bagaimanapun, beliau membayangkan ingin mendapat bimbingan daripada komposer Ahmad Nawab untuk mencapai cita-citanya.



Jamal Abdillah (Johan bahagian solo).


Mengenai wang kemenangannya sebanyak $2,000, beliau mengatakan ia akan membuat sedikit kenduri kesyukuran dan bakinya akan digunakan untuk pakaian bagi melengkapkan diri menyanyi di pentas dan sebagainya.



Lanny Lim Mui Lan (Naib Johan bahagian Solo).


Sementara itu pemenang tempat kedua, Lanny Lim Mui Lan, seorang pendidik yang menjadi Naib Johan (kalah hanya dengan satu mata sahaja) menyatakan yang dia akan terus mencuba lagi bakatnya di bidang seni suara sehingga dia betul-betul berjaya. Walaupun bidang seni suara menjadi minatnya, namun tugasnya sebagai seorang guru masih lagi menjadi keutamaan baginya dan"nyanyian jatuh tempat kedua", kata Lenny.



Flora Santos (Tempat ketiga bahagian Solo).


Flora Santos, 17 tahun, penyanyi daripada Sabah agak berpuas hati mendapat tempat ketiga. Flora mula mengasah bakatnya semasa berada dengan Kumpulan D'TUAREAN dan ekoran daripada itu, Flora terus bergiat sehingga berjaya mewakili negeri Sabah pada tahun tersebut. Beliau akan terus mencuba lagi sehingga berjaya menjadi johan.


Bagi bahagian solo, Johan menerima $2,000, Naib Johan $1,500 dan tempat ketiga $1,000. Tiga hadiah sagu hati sebanyak $400 telah diterima oleh Mohd Najib Abd Hanif (Najib Hanif), Pinny Mohd Radzi dan M. Dzulkarnean.



Kumpulan OFYZA (Johan bahagian Padu Suara).


Kumpulan OFYZA dengan ahli-ahlinya seramai 5 orang iaitu Omar Bakar (ketua), Faridah Bee Kader Mydin, Yahya Ismail, Zulkifli Muhammad dan Azizah Atan kesemuanya daripada Pulau Pinang melahirkan perasaan gembira mereka kerana tidak menyangka langsung akan muncul sebagai juara bagi bahagian padu suara.


Kumpulan ini berazam menggiatkan lagi usaha mereka di bidang seni suara dengan menyertai pertunjukan pentas dan kutipan amal yang mungkin diadakan jika mereka diundang. Wang yang mereka menangi sebanyak $2,500 akan mereka belanjakan untuk keluarga dan rakan-rakan di Pulau Pinang.



Kumpulan K.S '5' (Naib Johan bahagian Padu Suara).


Kumpulan K.S '5' dari Sarawak juga tidak menyangka yang mereka boleh mencapai kejayaan sebegitu rupa. Ketua kumpulan, Mohd Zain Rasit, memberitahu bahawa mereka ingin meninggikan lagi mutu persembahan mereka dan terus berkecimpung dalam alam muzik tanah air di masa akan datang. Kumpulan ini yang mendapat tempat kedua menerima wang tunai sebanyak $2,000.



Kumpulan Sea Legs Department (Tempat Ketiga bahagian Padu Suara).


Tempat ketiga jatuh kepada Kumpulan Sea Legs Department daripada Sabah. Nama yang sungguh ganjil ini adalah ilham daripada sejenis pil perjalanan (Sea Legs) dan persetujuan untuk menggunakan nama ini diambil oleh tiga orang anggota kumpulan ini iaitu Leonard Lejaim Ijim, Ledy Wong dan Philip Kating yang bertugas di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Walaupaun agak kecewa kerana hanya mendapat tempat ketiga, mereka berazam akan mencuba lagi pada tahun berikutnya. Kumpulan ini menerima hadiah wang tunai sebanyak $1,000.


Kumpulan MARS daripada Pahang mendapat hadiah sagu hati sebanyak $500. Mengikut salah seorang daripada kumpulan itu, jika mereka masih lagi bertugas di tempat yang sama iaitu di Kuantan, mereka akan mencuba nasib mereka sekali lagi pada tahun berikutnya.


Lima anggota jemaah hakim terdiri daripada Ahmad Nawab, Frankie Cheah, Puan Beh, Rahman Rahmat dan Ooi Eow Jin berpendapat mutu bagi pertandingan tahun ini adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.Showmanship yang baik dan harmony yang begitu teratur menunjukkan bahawa para peserta pada tahun itu membuat persiapan dan latihan yang gigih untuk pertandingan akhir ini.



Sumber: Sinar Zaman, Jilid VIII, Bil. 87, 1980.

[eMisteri] Misteri Telur Dinosaurus.

Sejumlah telur dinosaurus ditemukan di sebuah desa di bahagian selatan Provinsi Tamil Nadu, India



Telur-telur dengan diameter 13-30 cm yang berada pada sekitar 1 hinga 2 meter dibawah tanah itu ditemukan sekumpulan orang yang dibiayai Lembaga Ilmiah Jerman-India.

Fosil telur itu tertimbun dalam sarang di bawah abu gunung berapi yang mungkin menjadi salah satu penyebab populasi dinosaurus punah.



Lokasi sarang telur-telur dinosaurus itu ditemukan di sepanjang tepian dan bawah aliran Sungai Cauvery. Di daerah aliran sungai itu juga ditemukan sisa-sisa kotoran dan tulang belulang dinosaurus.

[eBarai] Pembukaan muzium seks dan erotisme di Moscow.

Last month in Moscow on the Arbat opened a museum of sex and erotica under the name "Point G». Immediately after the opening of the museum has become the epicenter of the debate about the appropriateness of it in the Russian capital.


1. In the museum of sex and erotica under the name "Point G» features more than 3,000 exhibits.
2. Barack Obama and Vladimir Putin prepare to fight.
3. A pair of turtles.
4. "I was just wondering, honestly!".
5. The museum director said that most visitors are interested in a uniform tax inspector and prosecutor.
6. Museum of Sex and erotica under the name "Point G»: from the historic to the absurd.
7. Erotic art.
8. Among museum visitors who just can not see!
9. Handle with care.
10. TV host Dibrov (center) with his wife Pauline and curator of the museum Nagradova Don Alexander.
11. Well, it just boggles the mind! ..
Source photo: guardian.co.uk

KALAU KAT MALAYSIA APAKAH AKAN JADI KAT MUZIUM NI?

[eInfo] Bintang RTM 1978.

M. Rizal yang telah diumumkan sebagai johan Bintang RTM '78 dalam bahagian solo memang telah menjadi ramalan ramai. Kemenangannya banyak bergantung kepada personaliti dan gaya showmanshipnya yang tersendiri. Ini jelas semasa beliau bergaya dengan lagu kedua-duanya, satu lagu medley "Isebella" dan "Abang Beca". bakat seninya mungkin diwarisi daripada ibunya yang juga seorang pelakon bangsawan pada tahun-tahun silam.


Johan Bintang RTM 1978 bahagian solo, M. Rizal dengan piala kemenangannya. Di sebelah beliau ialah YB Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat.


Semenjak kemenangannya banyak tawaran telah diterima oleh Rizal. Berlakon di dalam filem, membuat rakaman di radio dan TV, tawaran menyanyi di kelab malam dan juga membuat piring hitam tempatan.

Dengan kemenangan sebanyak $2,000 (pada waktu itu) M. Rizal akan membelanjakan sebahagian daripadanya untuk kenduri kesyukuran dan selebihnya akan disimpan untuk kegunaan masa depan terutamanya di bidang seni suara yang sangat-sangat diminatinya.

Muhaini Suratman yang menjadi hot favourite pada mulanya telah mendapat tempat kedua. Dengan cara yang simple dan penuh kesederhanaan beliau dapat mendendangkan lagunya terutama lagu "Burung Pungguk" dengan berkesan sekali. Muhaini yang bertugas sebagai seorang kerani dan telah mempunyai seorang cahaya mata menganggapkan kemenangannya satu rahmat dan ini akan memberi perangsang kepadanya untuk meninggikan lagi seni suaranya di masa hadapan.

Muhaini yang telah begitu lama berkecimpung di bidang nyanyian baharu kali ini telah mendapat kejayaan yang begitu cemerlang walaupun katanya, "Saya pernah juga menang beberapa pertandingan tetapi cuma di peringkat sekolah dan daerah sahaja". Muhaini berazam kuat untuk mendapat kejayaan yang lebih cemerlang dari sekarang ini.

Penuntut Tingkatan Tiga dari Sekolah Convent Ava Maria Ipoh, Chang Kim Fongberjaya menduduki tempat ketiga. Kejayaannya agak mendukacitakan kerana di saat-saat kegemilangannya ayah kesayangan Kim Fong tidak dapat bersama. Kata Kim Fong ayahnya telah meninggal dunia kira-kira dua tahun yang lalu dan sekarang beliau tinggal bersama ibunya sahaja. Wang kemenangannya sudah tentu akan disimpan untuk perbelanjaan sekolah dan apabila tamat nanti beliau akan meneruskan kegiatannya di bidang nyanyian dengan lebih cergas lagi.

Sebaik sahaja Kim Fong diumumkan berjaya mendapat tempat ketiga, sebuah syarikat piring hitam yang mengedarkan lagu-lagu Cina yang terkemuka telah menawarkan kontrak nyanyian kepadanya. Tetapi sehingga sekarang beliau masih belum memberikan jawapan yang pasti. Kata Kim Fong, "Saya lebih utamakan pelajaran saya dan kemudian barulah menyanyi".

Dalam bahagian kumpulan, The Crescendos gabungan empat suara dari Sarawak telah menjadi johan. Kumpulan yang dianggotai oleh Junainah Suleiman, Kamil Salim, Husni Eddy dan Julai Alan telah menyampaikan dua buah lagu ciptaan sendiri iaitu "Siapa Dia" dan "Ibu Sayang'. Kemungkinan ini menyebabkan kemenangan mereka. Boleh dikatakan kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian semuanya setanding dan jika diukur dari poise dan personaliti, tidak syak lagi Nada Budaya yang mendapat tempat ketiga mengatasi kumpulan-kumpulan lain.


Kumpulan Par-J Square terdiri daripada lima orang penyanyi dari Tawau, Sabah telah biasa bertanding di Rancangan Bintang RTM secara perseorangan tetapi inilah kali pertama mereka bertanding secar kumpulan dan ini tidak mengecewakan. Walaupun baru sembilan bulan ditubuhkan, tetapi kejayaan mereka menduduki tempat kedua ini amatlah membanggakan.


Nada Budaya terdiri daripada Suhaimi Mohd Zain, Ali Khan, Mahmud, Fadizala dan Norhayati adalah artis-artis daripada Kompleks Budaya yang telah mendapat tempat ketiga. Kumpulan ini sungguh menarik dengan cara stage personalitymereka dan ini tidak hairan kerana mereka ini terdiri daripada penari-penari terkemuka negara. Ramai berpendapat jika mereka menguasai suara dan harmoni yang betul, sudah tentu kedudukan mereka akan lebih baik. Kemenangan tempat ketiga pada tahun ini akan mendorong dan menambah azam Kumpulan Nada Budaya mencuba nasib lagi pada tahun hadapan.


Bagi pertandingan akhir ini, 6 peserta akan dipilih daripada Semenanjung Malaysia. Empat mewakili bahagian Solo dan dua di bahagian Padu Suara. Manakala untuk Sabah dan Sarawak, tiap-tiap bahagian (Solo dan Padu Suara) akan diwakili oleh seorang peserta. Ini bermakna kesemuanya 10 peserta telah mengadu nasib di peringkat akhir ini.


RTM telah menyediakan hadiah yang menarik seperti wang tunai dan piala pusingan kepada semua peserta yang mengambil bahagian:

Bahagian Solo:

Tempat Pertama: $2,000 serta piala pusingan.
Tempat Kedua: $1,500.
Tempat Ketiga: $1,000.
Hadiah Sagu Hati: $400 setiap seorang (x3).

Bahagian Padu Suara:

Tempat Pertama: $2,500 serta piala pusingan.
Tempat Kedua: $2,000.
Tempat Ketiga: $1,500.
Hadiah Sagu Hati: $500 setiap seorang (x1).


Kem PLKN remaja perempuan di Korea Selatan.


Unusual Camp for Girls in South Korea (11 pics)

Unusual Camp for Girls in South Korea (11 pics)

Unusual Camp for Girls in South Korea (11 pics)

Unusual Camp for Girls in South Korea (11 pics)

Unusual Camp for Girls in South Korea (11 pics)

Unusual Camp for Girls in South Korea (11 pics)

Unusual Camp for Girls in South Korea (11 pics)

Unusual Camp for Girls in South Korea (11 pics)

Unusual Camp for Girls in South Korea (11 pics)

Unusual Camp for Girls in South Korea (11 pics)

Unusual Camp for Girls in South Korea (11 pics)

[eCaran] Koleksi Duit Duit Lama Malaysia -Malaya.











                                                                   RM1000 1989

                                                                      RM50 1998

RM500 1989


RM20 1989


RM10 1976

RM5 1986 & 1989 (Ada cross flag kat belakang duit ini)


RM1 1981-1983


RM1 1976-83


                                                                     
          Yang bawah ni pulak duit zaman malaysia sebelum mardeka




                                                     Wang berkenaan dikeluarkan pada 1940 




                                         10cents1941malaya

20cents1941

50cents1941

wang kertas bernilai 10 dolar dikeluarkan kerajaan British, sekitar 1960-an

25 cents1940 malaya

                                                    duit lama cap kerbau tahun 1953


Malaya & British Borneo 1957 1 cent MS63RD


Yang ni pulak duit zaman penjajahan jepun kat tanah melayu,duit ni di kenali dengan duit cap pokok pisang





                                               Duit-Syiling-Lama-1-Cent-serawak 1930

                                     This is the money a dollar North Borneo (now Sabah) in 1927


British North Borneo  tahun 1903 dan 1920